Khamis, 16 Mei 2013

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2013 "GURU MALAYSIA : 1 ASPIRASI 1 AGENDA"


Pada 16 Mei 2013 (Khamis ) Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan di SK Kuala Ping.
Antara Program yang telah diadakan ialah seperti berikut :

7.45 pagi - Perhimpunan dan bacaan perutusan
      • Nyanyian Lagu Guru Malaysia oleh barisan guru-guru
      • Senamrobik & sukaneka
      • Jamuan 
      • Persembahan Murid-murid
      • Acara Pertukaran Hadiah antara guru.
      • Bersurai
Sambutan tersebut turut dihadiri oleh AJK PIBG dan mereka telah turut serta dalam aktiviti yang telah diadakan. Selain itu, sambutan ini juga telah dihadiri oleh En. Md Noor bin Abu Bakar dari JPNT dan beliau juga turut serta dalam sukaneka yang telah diadakan.

(gambar-gambar sekitar Sambutan Hari Guru)

Taklimat oleh Ustaz K Asmadi
Bacaan doa bagi memberkati Majlis oleh Ustaz K Asmadi
Nyanyian lagu Guru Malaysia oleh semua guru SKKP dihadapan murid
Aktiviti memanaskan badan sebelum acara sukaneka murid bersama dengan guru bermula
murid-murid melakukan senamrobik
acara rebut kerusi yang disertai oleh  murid prasekolah


Sabtu, 11 Mei 2013

MAJLIS PELANCARAN SARANA PIBG SERTA GURU PENYAYANG PERINGKAT SEKOLAH 2013



Majlis Pelancaran Sarana PIBG serta Guru Penyayang telah dianjurkan oleh SK Kuala Ping pada 11 Mei 2013 ( Sabtu ) jam 9.00 pagi bertempat di Dewan SK Kuala Ping. Majlis ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Kuala Ping iaitu Pn. Ros Haya binti Aziz bersama dengan YDP PIBG iaitu En. Rosli bin Mustafa.

Aturcara Majlis adalah seperti di bawah :
  • 8.30 pg - Sesi pendaftaran
      • Jemputan berkumpul di Dewan
      • Ucapan Pengerusi Majlis
      • Bacaan doa
      • Ucapan Guru Besar
      • Ucapan YDP PIBG
      • Taklimat PBS oleh PK PA 
      • Taklimat Guru Penyayang oleh PK HEM
      • Gimik pelancaran Guru Penyayang
      • Penyerahan Banner Sarana PIBG kepada Guru Besar
      • Bersurai
  
( gambar-gambar sekitar Program ini berlangsung )

Peneraju utama Program. Dari kiri En Abdul Malik Ali (N.Pengerusi PIBG), Pn Ros Haya bt Aziz (Guru Besar) & En Rosli Mustafa (YDP PIBG)

bacaan doa oleh Ustaz Mohd Redzuan bin Harun


Pn. Ros Haya memberi ucapan aluan serta membuat pembentangan mengenai Sarana PIBG



antara hadirin yang hadir dan guru-guru SK Kuala Ping


YDP PIBG menyampaikan ucapan dan pesanan

Penyerahan Banner Sarana PIBG kepada Guru Besar



Gimik Pelancaran Guru Penyayang



Taklimat PBS oleh En Mazlan Hamzah (PKPA SK Kuala Ping)



Taklimat Guru Penyayang oleh En Naharuddin Md Nor (PK HEM SK Kuala Ping)






 Antara Ibubapa yang bertuah mendapat hamper kerana datang awal


                 

Jumaat, 10 Mei 2013

KEM IBADAH PERINGKAT SEKOLAH 2013

Program ini telah diadakan bermula pada 10 - 11 Mei 2013 bertempat di Sekolah Kebangsaan Kuala Ping.
Antara program yang dilaksanakan sepanjang kem ini ialah Amali Solat dan Amali Mengambil Wuduk. Selain itu, Amali Pengurusan Jenazah turut didedahkan kepada para murid yang dikendalikan oleh Ustazah Rabeah dari Pejabat Agama Daerah Hulu Terengganu. Pada sebelah malam, Solat Hajat serta Bacaan Yaasin bersama Ibubapa serta penjaga diadakan bagi melibatkan PIBG supaya turut serta dalam program ini bagi menjayakan sarana PIBG.

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM DI TAMAN REKREASI MERANG, SETIU


Pada 25-27/04/2013 SK Kuala Ping telah menganjurkan Perkhemahan Unit Beruniform di Taman Rekreasi Merang, Setiu. Perkhemahan ini telah disertai oleh 50 orang murid iaitu murid tahap dua SK Kuala Ping. Matlamat utama Perkhemahan ini diadakan adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap disiplin serta kerjasama berpasukan dikalangan murid-murid.

Aktiviti Pada Malam 25/04/2013 

 Aktiviti Pada 26/04/2013

Catatan Popular