Ahad, 7 April 2013

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 32



Khamis 21 Mac 2013 - Mesyuarat Agung PIBG SK Kuala Ping kali ke-32 telah berjaya dilaksanakan. Mesyuarat kali ini dirasmikan oleh wakil Pegawai Pelajaran Daerah iaitu En. Idris bin Sulong ( Penyelia Kanan Pendidikan Islam PPDHT ).
Dalam ucapan perasmian,  mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir sebagai tanda komitmen terhadap sekolah. Dengan harapan kerjasama yang ditunjukkan ini akan memberikan hasil yang baik untuk kejayaan pelajar-pelajar. 
Antara Jawatankuasa PIBG yang dilantik adalah seperti berikut :

Ex-Officio       -  Pn. Ros Haya binti Aziz
Pengerusi         - En. Rosli bin Mustafa
N. Pengerusi    - En. Abdul Malik bin Ali
Setiausaha        - En. Ahmad Nadzaruddin Helmi bin A hamid
Bendahari         - Pn. Noor Radziah binti Radzuan
AJK (Guru ) - 1. En. Naharudin bin Md Nor
                       2. En. Zul Azwan bin Hindong
                       3. En. K Asmadi bin Abdullah
                       4. Pn. Semek binti Ahmad

AJK ( Ibubapa ) - 1. En. Mustapa bin Ali
                             2. En. Abdul Ghani bin Mahmud
                             3. Pn. Fatimah binti Mahmud
                             4. Pn. Suraya binti Ismail
                             5. Pn. Zilawati binti Ahmad
                             6. En. Rameli bin Yatim
                             7. Pn. Rahmah binti Ismail
                             8. En. AR Najili bin Daud
                            
Juruaudit - 1. Pn. Rapiah binti Yusof
                 2. Pn. Nor Azlina binti Wahab 

( gambar-gambar sekitar Mesyuarat Agung PIBG ke-32 SK Kuala Ping )

sesi pendaftaran ibu bapa yang hadir

Ust Redzuan memimpin bacaan doa bagi memberkati majlis

En Mazlan Hamzah PK1 SKKP mewakili Guru Besar yang tidak dapat menghadiri Mesyuarat tersebut membuat ucapan aluan.
 ucapan oleh YDP PIBG En Rosli Mustafa


ucapan perasmian oleh wakil PPDHT En Idris Sulong


  

Selasa, 2 April 2013

MAJLIS PERPISAHAN GURU BESAR

Pada 13 Mac 2013 yang lepas, Majlis Perpisahan bekas Guru Besar SK Kuala Ping En. Zainal Subari bin Abu Bakar telah diadakan di Lake Kenyir Resort & Spa. Majlis tersebut dihadiri oleh semua guru serta kakitangan SK Kuala Ping bagi meraikan bekas guru besar yang telah banyak berbakti pada SK Kuala Ping walaupun hanya 1 tahun 4 bulan bertugas di SK Kuala Ping. Majlis tetap diteruskan walaupun dengan ketiadaan Guru Besar Pn Ros Haya binti Aziz yang tidak dapat menghadiri Majlis tersebut kerana terpaksa ke Pejabat Audit bersama Pn Rokiah Awang (Pembantu Tadbir) untuk menyelesaikan urusan audit.

En Mazlan bin Hamzah mewakili Guru Besar membuat ucapan aluan serta penghargaan kepada bekas Guru Besar SK Kuala Ping atas khidmat serta komitmen yang telah diberikan sepanjang bertugas di SK Kuala Ping. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru serta kakitangan yang hadir memeriahkan lagi majlis.

Bekas Guru Besar SK Kuala Ping En. Zainal Subari bin Abu Bakar menyampaikan ucapan penghargaan atas Majlis yang diadakan serta terima kasih yang tidak terhingga terhadap sokongan yang telah diberikan kepada beliau sepanjang bertugas di SK Kuala Ping. Semoga beliau terus sukses menjalankan tugas di tempat baru.

Pengacara Majlis Ustaz K Asmadi menceriakan majlis dengan lawak jenakanya yang bersahaja.

Ustaz Mohd Redzuan memimpin bacaan doa bagi memberkati majlis.























Selamat menjamu selera....semua hidangan lazat-lazat belaka. Ikutkan hati semua nak rasa.

En Mazlan Hamzah menyampaikan cenderamata dari Kelab Guru SK Kuala Ping kepada En Zainal Subari


Cikgu Azlina turut juga memberi cenderamata kepada bekas guru besar.


En Abdul Malik Ali selaku wakil PIBG menyampaikan cenderamata dari PIBG SK Kuala Ping

Cikgu Rapiah turut memberi hadiah.






Sesi bergambar untuk kenang-kenangan. Semoga berjumpa lagi........






Catatan Popular