Khamis, 24 Oktober 2013

MAJLIS RESTU ILMU UPSR 2013

Pada 7 September 2013, pihak SKKP telah mengadakan Majlis Restu Ilmu murid-murid UPSR 2013 bertempat di Dewan SKKP. Majlis ini bertujuan memberi semangat kepada murid-murid yang bakal menghadapi UPSR tidak lama lagi selain memberikan semangat kepada murid-murid untuk lebih bersungguh-sungguh dalam pelajaran.

(gambar-gambar sekitar program)




Rabu, 23 Oktober 2013

PENYERAHAN ANAK ANGKAT TAHUN 6 2013


Pada 17 Jun 2013, pihak SKKP telah mengadakan Majlis Penyerahan Anak Angkat UPSR 2013 bertempat di Makmal Komputer SK Kuala Ping. Majlis ini bertujuan untuk lebih mendekati murid-murid supaya mereka tidak ketinggalan atau merasa dipinggirkan jika mereka mempunyai masalah dalam pelajaran atau sebaliknya. Program ini telah menetapkan setiap guru SKKP akan mempunyai seorang atau dua orang murid tahun 6 sebagai anak angkat.

(gambar-gambar sekitar program)


Catatan Popular