Sejarah Sekolah

Sejarah Sekolah
Sekolah Kebangsaan Kuala Ping (SKKP) telah ditubuhkan sebelum merdeka lagi iaitu sewaktu penjajahan British ketika kunjungan Queen Elizberth II (Elizabeth Alexandra Mary). Memandangkan perhubungan utama ketika itu adalah sungai dan tiada jalan raya maka sekolah ini telah dibina secara gotong-royong berhampiran dengan sungai. Mulai Julai 1952 maka secara rasminya SKKP dibuka dengan keramaian pelajar lebih daripada 50 orang. Blok bangunan ketika itu hanyalah  terdiri 2 pondok yang beratapkan daun sagu dan nipah.
Selepas merdeka, negara mula membangun dan Kg. Kuala Ping turut menerima tempiasnya, iaitu telah mendapatkan kemudahan jalan raya walaupun tidak sebaik sekarang yang menghubungkan pekan Kuala Berang ke Sungai Tong. Perhubungan Jalan sungai telah mula merosot dan tidak dijadikan jalan utama lagi dan pada 1969 Sekolah Kebangsaan Kuala Ping telah berpindah ke tapak baru yang terletak di Kampung Tok Lawit di laluan utama jalanraya. Di tapak baru terdapat satu blok bangunan kayu 3 bilik darjah telah dibina oleh kerjaan. Setahun berikutnnya 2 bilik darjah lagi dibina melalui gotong-royong orang kampung bagi menampung jumlah pelajar yang semakin ramai.
Namun begitu fasilitis sekolah masih daif dan tidak mempunyai padang. Atas kesungguhan pendudukan kampung makan telah bergotong-royong membina padang bola dengan menggunakan alatan tradisional cangkul dan kereta sorong serta menebang hutan yang terdapat disekitar kawasan sekolah.
Begitulah sehingga sekarang SKKP tersergam dengan bangunan Batu 2 tingkat pada 1992 yang berada di Kg Tok Lawit dan nama sekolah Kebangsaan Kuala Ping. SKKP merupakan sekolah pendalaman yang berada di daerah Hulu Terengganu. Jarak dengan pekan Kuala Berang 22 Km dan jarak ke bandar Kuala Terengganu 48 Km melalui Matang dan Kuala Telemong.  Pelajar SKKP datangnya daripada 3 mukim utama iaitu Kg. Kuala Ping , Kg. Tok Lawit dan Kg. Pasir Simpol.

Catatan Popular