Selasa, 25 Jun 2013

Ahad, 23 Jun 2013

GOTONG ROYONG PERDANA PSS SK KUALA PING 2013






Pada 22 Jun 2013 (Sabtu), Pihak SKKP telah mengadakan Gotong Royong Perdana PSS 2013 untuk menambahkan lagi keceriaan kawasan SKKP.  Gotong royong ini telah melibatkan semua guru dan kakitangan SKKP. Antara aktiviti yang dilakukan ialah menambah informasi serta maklumat di lorong ilmu serta anjung ilmu. Selain itu, gotong royong juga turut diadakan di bilik BBM.

(gambar-gambar sekitar  gotong royong)





PELANCARAN PROGRAM MENTOR MENTEE PERINGKAT SEKOLAH 2013

Pada 16/06/2013 (Ahad), pihak SKKP telah membuat Pelancaran Program Mentor Mentee Peringkat Sekolah bagi Tahun 2013. Semasa pelancaran tersebut seramai 17 orang guru telah menerima watikah pelantikan sebagai mentor. Program ini juga turut dihadiri oleh wakil PIBG SKKP.

(gambar-gambar sekitar program ini berlangsung)



Puan Guru Besar membuat ucapan dan merasmikan Program Mentor Mentee

(gambar guru-guru menerima watikah pelantikan sebagai Mentor)
 














Pn. Guru Besar menerima watikah daripada wakil PIBG SKKP


Murid-murid menyanyikan lagu urus diri sebagai penutup  program ini


SESI MOTIVASI BERSAMA EN. AMRAN BIN MAHADI DARI IAB JITRA


Pada 12 JUN 2013 (Rabu), SKKP telah  dikunjungi oleh En. Amran bin Mahadi dari Institut Aminuddin Baki (IAB) Jitra, Kedah. Tujuan utama kunjungan beliau adalah bertujuan untuk memantau Pn. Ros Haya iaitu Guru Besar SKKP yang dalam kursus NPQEL. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah mengambil kesempatan sempena kedatangan beliau untuk memberi sedikit motivasi serta tunjuk ajar kepada guru-guru SKKP. Program  ini telah diadakan di Makmal Komputer SKKP bersama-sama dengan semua guru SKKP.

(gambar-gambar sekitar program berlangsung)






sesi bergambar kenangan  bersama En. Amran Mahadi dengan warga SKKP

Rabu, 19 Jun 2013

LAWATAN PENANDA ARAS DI SK SULTAN SULAIMAN 1 DAN SK PUSAT BUKIT BESAR

Pada 22/05/2013 (Rabu) pihak sekolah telah membuat Lawatan Penanda Aras ke Sekolah Sultan Sulaiman 1 dan Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar. Program ini telah melibatkan semua guru  dan staf. Program ini telah diutarakan oleh Pn. Ros Haya binti Aziz iaitu guru besar SKKP bertujuan untuk melihat keadaan sekolah yang dilawati seterusnya mengaplikasikan dapatan daripada lawatan tersebut ke SK Kuala Ping.

(antara gambar-gambar sekitar lawatan ke SK Pusat Bukit Besar)


tiba di SK Pusat Bukit Besar
Guru Besar SK Pusat Bukit Besar memberi penerangan mengenai Program i-Think yang telah dilaksanakan di sekolah beliau.
Pn. Ros Haya menyampaikan cenderamata kepada Guru Besar SK Pusat Bukit Besar
melawat kawasan sekolah
bergambar kenangan

(gambar-gambar sekitar lawatan ke SK Sultan Sulaiman 1)

 taklimat oleh Guru Besar SS1 mengenai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)
Pn. Ros Haya memberi ucapan penghargaan kepada warga SKSS1 atas kerjasama dan info yang diberikan
Pn. Ros Haya menyampaikan cenderamata kepada Guru Besar SKSS1

Catatan Popular