Sekapur Sirih

Assalamualaikum/ Salam Sejahtera,

SELAMAT datang dan terima kasih kepada semua pengunjung yang budiman kerana sudi melawat blog SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA PING. Harapan kami dengan adanya blog ini sekurang-kurangnya dapat membantu pengunjung mendapatkan maklumat. Semoga blog ini menjadi tapak dan cabang pengkongsian idea dan ilmu dengan pengunjung. Justeru itu kami bersedia berkongsi semua yang kami paparkan dan mengalu-alukan sebarang bentuk komen dan cadangan dalam usaha menjadi blog ini berinfomasi dan berguna serta seronok ketika melayari blog SKKP. Selain itu dapat membangunkan sekolah ke tahap yang boleh dibanggakan oleh seluruh warga pendidik.
Kesempatan ini juga saya sebagai pentadbir sekolah ini ingin merakamkan sekalung jutaan terima kasih kepada semua jawatankuasa pembina blog laman maya ini dan seluruh warga SKKP yang membantu sekolah untuk menjadi cemerlang. Di samping itu diharapkan semua warga sekolah dapat terus menyumbang hasil karya, artikel,  berita, aktiviti serta sebarang bentuk penerbitan yang berkaitan dengan pendidikan dan sesuai. Semoga blog ini menjadi pilihan kepada pengunjung luar untuk melayari blog SKKP ini sehingga dikenali sebagai blog bermaklumat dan diminati.
Sidang pengunjung yang dihormati,

Pengalaman saya disini sebagai pendidik, banyak pengalaman indah, menarik,  serta banyak sejarah dan kejayaan yang tercipta di sini. Semua ini pengalaman dan sejarah ini akan kami muatkan dalam blog ini.


Akhir kata, diucapkan terima kasih dan  teruskan mengunjungi  blog ini dan menerima sebarang komentar
Wassalam..

Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kuala Ping.

Catatan Popular