Pada 29/08/2013 (Khamis) bertempat di Surau Kampung Tok Lawit, Pihak SKKP telah mengadakan Majlis Solat Hajat untuk menghadapi UPSR 2013. Majlis ini menjemput semua ibu bapa/penjaga murid SKKP juga turut disertai oleh semua guru serta kakitangan SKKP.
(gambar sekitar majlis)
Rabu, 4 September 2013
Isnin, 2 September 2013
SAMBUTAN MERDEKA RAYA PERINGKAT SEKOLAH 2013/1434
Pada 29 Ogos 2013, Sambutan Merdeka Raya telah diadakan di SK Kuala Ping bertempat di Dewan SKKP.
PENGENALAN
Sambutan Merdeka Raya merupakan dwisambutan antara sambutan hari merdeka dan sambutan hari raya aidilfitri yang disambut serentak memandangkan tarikh sambutan adalah dalam bulan yang sama. Semua aktiviti-aktiviti sempena kemerdekaan dilaksanakan sepanjang bulan Ogos dan program penutup adalah pada 29 Ogos yang diselang seli dengan acara Sambutan Hari Raya.
OBJEKTIF
- Melahirkan murid yang tahu erti kemerdekaan.
- Memupuk jiwa patriotik dan menghargai kemerdekaan negara dikalangan murid.
- Menerap semangat muhibah dalam perayaan yang positif di kalangan murid melalui aktiviti yang dirancang.
- Menjalin semangat kerjasama di kalangan warga sekolah dan badan luar seperti PIBG dan JKKK.
8.00 PG : Berkumpul di tapak perhimpunan
: Nyanyian Lagu Negaraku
: Nyanyian Selamat Sultan & Lagu Sekolah
: Bacaan Perutusan
: Ucapan Guru Besar
: Nyanyian Lagu "Tanggal 31 Ogos"
: Bacaan Doa
: Laungan Kemerdekaan Sebanyak 7 Kali
9.00 PG : Pertandingan Mewarna Tahap I & II
10.00 PG : Sambutan Hari Raya
11.00 PG : Deklamasi Sajak
: Pertandingan Lagu-lagu Patriotik (Tahap II)
: Pertandingan Lagu-lagu Raya (Tahap I)
12.30 TGH : Penyampaian Hadiah
1.00 PTG : Bersurai
(gambar-gambar sekitar majlis sambutan merdeka raya)
murid-murid berkumpul di tapak perhimpunan untuk sambutan kemerdekaan
Cg. Nor Hasniza selaku pengerusi majlis memulakan acara
barisan guru-guru menyanyikan lagu kemerdekaan
Guru Besar Pn Ros Haya memberi ucapan
murid-murid begitu bersemangat menyanyikan lagu kemerdekaan
acara pertandingan mewarna poster kemerdekaan
guru-guru bekerjasama menyiapkan hidangan untuk jamuan hari raya
hidangan istimewa Ketupat Dakap
kuih muih yang dibawa oleh murid-murid
murid-murid bersedia untuk menjamu selera
DJ Zul menceriakan suasana hari raya dengan suaranya yang lunak merdu
guru besar bersama staf dan ajk PIBG yang hadir
persembahan sajak oleh adik syaza adila dari prasekolah
persembahan lagu patriotik oleh murid tahun 4
persembahan sajak oleh Ahmad Nor Hakimi dari tahun 5
persembahan duet lagu raya oleh adik Hafizul dan Izzah dari tahun 3
persembahan lagu patriotik oleh murid tahun 5
persembahan lagu patriotik oleh murid tahun 6
persembahan nyanyian lagu raya oleh adik Hakimi & Fadlin dari tahun 2
persembahan lagu raya oleh adik Zaitul & Rabiatul dari tahun 1
Langgan:
Catatan (Atom)
Catatan Popular
-
Pada 29 Ogos 2013, Sambutan Merdeka Raya telah diadakan di SK Kuala Ping bertempat di Dewan SKKP. PENGENALAN Sambutan Merdeka Raya ...
-
Majlis Pelancaran Sarana PIBG serta Guru Penyayang telah dianjurkan oleh SK Kuala Ping pada 1 1 Mei 2013 ( Sabtu ) jam 9.00 pagi bertem...
-
Pada 22/05/2013 (Rabu) pihak sekolah telah membuat Lawatan Penanda Aras ke Sekolah Sultan Sulaiman 1 dan Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit B...
-
Pada 13 Mac 2013 yang lepas, Majlis Perpisahan bekas Guru Besar SK Kuala Ping En. Zainal Subari bin Abu Bakar telah diadakan di Lake Ke...