Isnin, 2 September 2013

UJIAN UKM2 PERMATA PINTAR - TAHNIAH KEPADA AHMAD NOR HAKIMI B. HASSAN KERANA BERJAYA MEMASUKI UJIAN UKM2



Pihak SKKP mengucapkan tahniah kepada Adik Ahmad Nor Hakimi b. Hassan kerana telah berjaya melepasi saringan Ujian UKM1 yang telah diadakan bermula Mac-Mei 2013 yang lepas dan telah berjaya untuk memasuki Ujian UKM2 yang diadakan pada 27 Ogos 2013 bertempat di SMK Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang. Untuk makluman, SKKP telah melaksanakan Ujian UKM1 kepada 35 orang murid dan seorang murid telah berjaya dalam ujian tersebut. Untuk daerah Hulu Terengganu seramai 42 orang murid akan mengambil Ujian UKM2. Ujian tersebut mengambil 3 jam dan diadakan serentak dalam setiap sesi. Ujian tersebut diuruskan sepenuhnya oleh pihak UKM ( Permata Pintar ).

Diharap Adik Ahmad Nor Hakimi dapat melepasi saringan peringkat ini untuk pergi ke peringkat seterusnya.
Semoga terus maju jaya.






Tiada ulasan:

Catatan Popular